Dusun Ranau FairyTale.

Sunday, June 17, 2007

The Last Bobolian From Kogibangan.

---------------------------------------------------------------------------------------

Klip Pendek(7:45 Minit) ini adalah sebuah adegan babak dari telemovie "Sabah X File" di perkampungan Filem Karyawan Waris Sabah, bertempat di kg. Mangi Pangi, Tambunan, (Feb/2007).

Telemovie "Sabah X File" adalah dibawah arahan En. Vitus Dani, Dan Mentornya adalah En. Tony Francis Gitom.(Dan belum ditentukan bila tarikh siap oleh Mentornya sendiri)

Melalui babak yg amat pendek ini saya mengambil keputusan untuk mencuba kemahiran saya dalam bidang 'suntingan video' dengan menceritakan semula kisah anak murid terakhir bobolian dari sungai Kogibangan.

Diantara 2 kumpulan bobolian yg terkorban iaitu kawananan dan kogibangan hanya 1 kumpulan bobolian yg berjaya melarikan diri bersama ibubapa dan bayi yang diramalkan menjadi "Hoguan Siou" satu masa kelak..

Dengan cara imiginasi, saya menyusun semula klip cerita ini dari rakaman video 'handycam murah' saya sendiri. (Sony-TRV480) Dan memulakan proses suntingan dengan 'Komputer lama' (P3, 768 MB RAM).Saya menggunakan 3 program suntingan Video, 1 Program Suntingan grafik,1 program Suntingan Effect, 1 Program Suntingan Audio, 1 program converter dan 1 program untuk final output.

Proses yg meletihkan ini walau bagaimanapun rasanya sangat-sangat berbaloi, bukan kerana hasilnya yg hebat. Tetapi tanpa disangka-sangka ada sesuatu benda baru yg saya pelajari.. hahaha..

"Movieclip" pendek dari proses suntingan praktikal ini, membuktikan sebenarnya kita orang DUSUN boleh!.. (walaupun bukan pemegang Sijil MMU hahaha...)

Dan ini adalah di antara hasil senigrafik komputer saya yg menarik..(dengan hanya berbekalkan kemudahan yg paling minima).

---------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk : The Last Bobolian From Kogibangan.

Masa : 7.52 Minit.

Kategori : Cerita Pendek .

Genre : Cerita Dongeng (Etnik Dusun Ranau).

Rakaman Video/ Suntingan Video & Audio/ Kesan Khas oleh : Jusry Jaafar.

---------------------------------------------------------------------------------------